Monday, April 19, 2010

Salam Perkenalan

Assalamu'alaikum semua ,
Adalah diharapkan kehadiran blog Diari Hasanah ini akan menyemarakkan lagi wacana ilmiah di antara kita yang cintakan kesucian agama, bukan dari emosi dan tradisi semata-mata tetapi bagi mengangkat Islam itu sebagai cara hidup secara keseluruhannya kepada semua muslimin dan muslimat yang mengaku sebagai seorang Islam.

Segala teguran dan kritikan adalah untuk kebaikan bersama bagi mencapai matlamat dan tujuan mendapat redha Allah sahaja. Perbezaan pendapat adalah rahmat bagi pencinta ilmu, bukanlah sebagai pemecah belah ummah bahkan menambah baikkan lagi segala amalan dan ibadah kita semua terhadap Allah yang Maha Esa.

InsyaAllah kita semua akan menjadi umat Islam yang amat diberkati dan disayangi Allah swt dengan penyatuan fikrah dan tindakan bagi menghalang sebarang usaha membuang syiar Allah di muka bumi ini. Ingatlah Yahudi dan Nasrani itu tidak akan berpuas hati sehinggalah umat Islam dan semua manusia di muka bumi ini mengikut kehendak dan telunjuknya, mengikut kehendak perundangannya, sistem ekonomi dan sosial yang menghanyut dan menyesatkan umat manusia. Janganlah kita menjadi takut kepada mereka, marilah bersama-sama menguatkan aqidah Islamiyah kita bagi melawan usaha jahat mereka bahkan perkuatkan saf kita agar Islam itu sentiasa berada di atas daripada yang lain-lain..

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

UKHUWAH, IKHLAS DAN PENGORBANAN

No comments:

Post a Comment