Thursday, April 22, 2010

Perjuangan Hidupku

Masih aku ingat di waktu lampau, dari kecil hingga dewasa hingga kini. Sesungguhnya itulah jalan yang berliku yang aku tempuhi hingga aku mendapat Nur Tuhan yang sebenarnya dalam hidup ini. Pengalaman dan pemerhatian sepanjang tempoh itu aku mengakui betapa lemahnya aku sebagai manusia yang lalai dan leka daripada mengingati Allah pencipta aku ini.

Lebih-lebih lagi aku merasa amat bersyukur kepada Mu Ya Allah, kerana diberikan kesempatan untukku kembali kepada jalan Mu Ya Allah. Hidup yang bermatlamat dan menuju kepada keredhaan Allah sahajalah tujuan hidupku ini dalam apa jua yang aku lakukan, kerana agama Islam itu meliputi keseluruhan aspek hidup ini dan untuk semua makhluk di dunia ini.

Kekadang aku merasa sedih pada hari ini manusia yang mengaku Islam tidak sepertinya mereka seorang Muslim. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, seperti yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, akan datang suatu zaman di mana Islam itu akan menjadi asing terhadap manusia. Cara hidup, perlakuan, penampilan dan peraturan Islam itu akan menjadi seperti perkara pelik yang kebiasaannya tidak pernah dilakukan kebanyakan manusia, lebih-lebih lagi umat yang mengaku Islam. Kini aku telah duduk di zaman seperti yang dinyatakan tadi. Ya Allah sekali lagi aku merasa bersyukur padaMu kerana aku telah diberikan cahaya hidayah oleh Mu sebelum aku sendiri terjerat dan terpedaya oleh tipuan dunia ini. Yang benar dan hak dinafikan, tapi yang salah dan bathil itu dijadikan panduan dan pegangan. Betapa jahilnya manusia umat Islam hari ini.

Apa yang dicari selama hidup yang sesingkat ini, hanya lah keberkatan sebelum aku dipanggil oleh Allah bila-bila masa sahaja. Perjuangan mendapatkan keberkatan ini tidak akan berhenti, namun itu semua bukanlah semudah diucapkan. Ianya memerlukan keihklasan, ketaqwaan dan pengorbanan. Mampukah aku melakukannya ?. Berikanlah kekuatan padaku untuk ku sentiasa berada pada tali Allah....

No comments:

Post a Comment